Citarasia adalah jenama makanan dan minuman milik syarikat Cladelfresh Sdn. Bhd. dan merupakan syarikat bumiputera 100%. Penjenamaan diinspirasikan dari dua perkataan iaitu 'Citarasa' dan 'Asia'. Makanan bercitarasa Asia adalah penekanan utama jenama ini seperti makanan dari Malaysia, Jepun, China, Indonesia dan sebagainya. Produk keluaran jenama Citarasia terbahagi kepada 2 kategori iaitu Perencah Masakan Sejukbeku dan Takoyaki.


Perencah masakan sejukbeku Citarasia  membantu pengguna menjimatkan masa ketika memasak. Produk ini juga membantu pengguna mengelakan pembaziran. Ramuannya di sukat agar setiap kali pengeluaran rasa yang sama dapat dikekalkan. Perencah Citarasia bebas dari sebarang bahan pengawet, perisa tambahan dan bahan pewarna. Produk ini adalah bonus kepada mereka yang sibuk bekerja tetapi masih ingin menyediakan hidangan keluarga tersayang dengan menggunakan air tangan sendiri kerana ia amat mudah lagi menyenangkan.


Takoyaki bermaksud bebola sotong dan ianya merupakan makanan tradisional rakyat negara Jepun. Makanan ini semakin popular di Malaysia kerana rasanya yang lazat, unik dan cukup menyelerakan. Memandangkan permintaan terhadap takoyaki amat menggalakan kami berusaha untuk mengeluarkannya demi memenuhi kehendak pelanggan.



About Us

FOOD & BEVERAGE
- Frozen Paste
- Takoyaki
- Reverse Osmosis Water

Contact Us

Gerai Sulong kami berada di hadapan kedai makan yang terletak di hadapan Tesco Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Rawang. Jemput datang dan cuba sendiri keenakannya. "pasti teruja :)"

  • No. 11 Jalan Cempaka 4
    Anugerah Suria, Sungai Choh
    Rawang
    SELANGOR
    48000
    Malaysia

Rawang, Kuala Lumpur & Selangor